Booth Pameran Sempena Program Mini Sukaneka Kelab Usahawan Ikhtiar (KUIM) Miri
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniTujuan utama Booth Pameran tersebut dijalankan adalah untuk mendedahkan asas IT dan advokasi ICT kepada ahli-ahli Kelab Usahawan Ikhtiar Miri (KUIM).Terdapat beberapa manfaat kepada epeserta yang menyertai pameran tersebut seperti memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ilmu asas IT dan mempekenalkan advokasi kepada ahli KUIM dan anak-anak mereka. Secara tidak langsung situasi tersebut telah sedikit sebanyak dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti dan staf PI.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah berlangsung sepanjang pameran berkenaan seperti senamrobik yang dikelola oleh staf PI dan aktiviti KDB melalui Tikam-Tikam KDB dengan soalan dan cabaran berkaitan yang mencabar. Pameran tersebut telah berlangsung selama sehari di Dewan Serbaguna & Padang Kg Bakam, Miri dan disertai oleh 428 orang awam (Ahli KUIM & Komuniti Setempat).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: